loading...
loading...

Ayam Masak Madu



Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • bawang besar - dipotong bulat
  • bawang merah - dikisar
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • tomato - dibelah 4
  • kulit kayu manis
  • air - ikut nak kuah banyak atau tak
  • garam secukup rasa

Cara Memasak Ayam Masak Madu

#1: basuh dan potong ayam sesuka hati kemudian ayam digaram kunyitkan. selepas tu ayam digoreng separuh masak angkat dan toskan dan ketepikan.

#2: tumis bahan kisar tadi sampai naik bau kemudian masukan kulit kayu manis dan bila dah nampa garing masukan air, sos cili, sos tomato, dan madu.

#3: masukan ayam dan biarkan ayam masak sepenuhnya dan perasakan dengan sedikit garam.

#4: akhir sekali masukan tomato dan bawang besar dan bila dah empuk angkat dan ayam siap dihidangkan.




bestrecipesshare