loading...
loading...

Rendang Ayam Minang



Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai - titik
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 biji kelapa - santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar

  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 hiris lengkuas
  • 3 cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
Cara Memasak Redang Ayam Minang

#1: panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai keluar minyak. selepas tu masukan jintan putih dan jintan manis. tumis kembali sampai naik bau. kemudian masukan ayam.

#2: tunggu sampai ayam kecut dan bila telah mendidih kemudian masukan santan pekat dan kacau rata sampai hampir pecah minyak.

#3: masukan limau purut dan kerisik dan terus masak tetapi dengan api kecil dan sentiasa dikacau untuk mengelakan bawahny hangus. kemudian masukan garam dan gula secukup rasa dan juga asam keping.

#4: bila kuah dah nampak kering berarti dah masak bolehlah dingkat dan hidangkan bersama nasi panas


blogopsi.com