loading...
loading...

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label masakan kampung. Show all posts
Showing posts with label masakan kampung. Show all posts

RESEPI KARI AYAM HIJAU



BAHAN-BAHAN REMPAH KARI HIJAU THAI 
1 batang serai, hiris halus
4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih
1 genggam daun selasih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh serbuk ketumbar
1/2 camca teh serbuk lada sulah
3 camca besar sos ikan
1 inci belacan, dibakar
2 camca besar jus limau nipis
1 camca besar gula Melaka
4 camca besar santan
Sedikit air
.
BAHAN-BAHAN KARI HIJAU THAI 
.
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
3/4 cawan tepung pipit
1 biji tomato, dibelah 6
1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar
2 batang serai, diketuk
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi, diketuk
Pes kari hijau secukupnya
300 ml pati santan
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional)
Jus limau nipis secukup rasa
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1 genggam daun selasih
.
CARA MEMBUATNYA 
.
UNTUK PES REMPAH KARI HIJAU THAI :-
.
Kisar halus semua bahan2 untuk rempah kari hijau Thai. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan2 rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Bila rempa garing dan terbit minyak, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..
.
UNTUK KARI HIJAU THAI :
.
Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya (che mat guna semua sekali). Masukkan ayam dan terung pipit. Gaul rata2 dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan ayam empuk.
.
Masukkan traffic light capsium, cili padi yang diketuk dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula. Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.




blogresepimasakan.blogspot.my

LEMAK PUCUK MANIS DENGAN KELEDEK



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk manis, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 biji keledek kaler oren saiz sederhana
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas keledek, cuci dan potong berbaji, masukkan ke dalam periuk bersma2 santan cair dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih, keledek dan udang kering tumbuk. Kacau dan masak hingga keledek 1/2 empuk. Jika kurang tambah sedikit air.
  2. Daun pucuk manis, diramas kemudian masukkan ke dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan pekat, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan..

tiffinbiru.com

Udang Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan
  • Udang 1/2 kilo
  • Cili api 4 biji
  • serai 2 batang
  • bawang merah 4 biji
  • kunyit sebesar jari kelingking
  • asam gelugur 2 keping
  • santan secawan
  • Garam setengah sudu teh
Cara-cara
  1. ketuk serai dgn lesung batu. masukkan dalam periuk.
  2. bawang, kunyit, dan cili api dikisar bersama sedikit air. kemudian tuangkan dalam periuk bersama asam gelugur
  3. masukkan secawan air ke dalam periuk. masukkan santan dan garam. kacau dengan api sederhana supaya teksturnya halus lebih kurang 10 minit.
  4. siap! hidangkan dan hiaskan secantik mungkin buat santapan orang tersayang 

myresipi.com

Rendang Ayam Minang



Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai - titik
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 biji kelapa - santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar

  • 18 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 hiris lengkuas
  • 3 cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
Cara Memasak Redang Ayam Minang

#1: panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai keluar minyak. selepas tu masukan jintan putih dan jintan manis. tumis kembali sampai naik bau. kemudian masukan ayam.

#2: tunggu sampai ayam kecut dan bila telah mendidih kemudian masukan santan pekat dan kacau rata sampai hampir pecah minyak.

#3: masukan limau purut dan kerisik dan terus masak tetapi dengan api kecil dan sentiasa dikacau untuk mengelakan bawahny hangus. kemudian masukan garam dan gula secukup rasa dan juga asam keping.

#4: bila kuah dah nampak kering berarti dah masak bolehlah dingkat dan hidangkan bersama nasi panas


blogopsi.com

Ayam Masak Madu



Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • bawang besar - dipotong bulat
  • bawang merah - dikisar
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • tomato - dibelah 4
  • kulit kayu manis
  • air - ikut nak kuah banyak atau tak
  • garam secukup rasa

Cara Memasak Ayam Masak Madu

#1: basuh dan potong ayam sesuka hati kemudian ayam digaram kunyitkan. selepas tu ayam digoreng separuh masak angkat dan toskan dan ketepikan.

#2: tumis bahan kisar tadi sampai naik bau kemudian masukan kulit kayu manis dan bila dah nampa garing masukan air, sos cili, sos tomato, dan madu.

#3: masukan ayam dan biarkan ayam masak sepenuhnya dan perasakan dengan sedikit garam.

#4: akhir sekali masukan tomato dan bawang besar dan bila dah empuk angkat dan ayam siap dihidangkan.




bestrecipesshare

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah



Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 6 tangkai cili padi - potong 2 bahagian
  • kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam dan kunyit
  • 3 ulas bawang putih #
  • 5 ulas bawang merah #
  • 1 inchi halia #
  • 1 ulas bawang besar - hiris nipis
  • 1 batang serai - diketuk
  • tumbuk hingga halus bahan bertanda #
Cara Penyediaan


1. mula-mula potong ayam menjadi bahagian kecil kemudian bersihkan. lepas tu gaul ayam dengan kunyit dan garam.

2. panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang sudah digaul tadi hingga separuh masak kemudian ketepikan.

3. tumis bahan yang sudah ditumbuk tadi bersama serai dan bawang besar yang sudah dihiris nipis hingga harum dan warnanya kekuningan.

4. kemudian masukan ayam bersama, sedikit air, kicap, chili padi, dan sos tiram. kacau sekejap dan biarkan ayam hingga menjadi empuk.

5. akhir sekali, kacau dan tutup ayam biarkan lebih kurang 5 - 7 minit dan ayam siap untuk dihidangkan.



blogopsi.com